Cara melukis peta lakar kawasan kajian berdasarkan imej Google Maps

1. Buka fail jpeg tentang imej kawasan kajian yang disimpan dari google satellite maps. (cara mendapatkan imej jpeg)

2. Cetak imej kawasan kajian tersebut.


3. Kertas karbon untuk diletak di bawah imej google satellite map.


4. ”Trace” atau lukis imej tersebut ke atas Kertas putih A4 dengan menggunakan simbol yang dipelajari dari buku teks. Warnakan.


Peta lakar anda perlu mempunyai:
1. Simbol
Guna simbol yang telah dipelajari dari buku teks - simbol ciri fizikal dan ciri budaya.
(a) Simbol ciri fizikal adalah seperti hutan, belukar, kawasan rumput, sungai, tasik, garisan kontur yang menunjukkan kawasan tanah tinggi, dsb.
(b) Simbol ciri budaya pula, boleh guna simbol kawasan, simbol titik, simbol garisan atau singkatan.

2. Petunjuk
Sediakan petunjuk untuk simbol yang digunakan dalam peta.

3. Kedudukan
Untuk menunjukkan kedudukan kawasan kajian dengan lebih tepat, sila labelkan nama jalan atau nama bangunan yang strategik dalam peta.

4. Tajuk
Sediakan tajuk untuk peta kawasan kajian, Contohnya: Peta Kawasan Kajian Batu Tiga Kuching

5. Bingkai peta (frame)
Lukiskan bingkai untuk peta anda.

6. Arah mata angin
Sediakan arah mata angin dalam peta lakar ini.



18 ulasan:

  1. lengkap....saya snang dgan ini....

    BalasPadam
  2. skala kena ade x

    BalasPadam
  3. bolehlah....lima bintang

    BalasPadam
  4. boleh saya tanya tentang arah mata angin tak?
    arah mata angin y kita kena lukis dlm lakaran peta itu harus mngikuti arah sebenar pada arah mata angin dlm kddukan atas bumi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wajib...kalau dlm google map kita blh betulkan arah mata angin secara auto

      Padam
  5. arigato guzaimas

    BalasPadam
  6. boleh sy nk tahu sape penulis blog ini dan bila ia ditulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya, Mdm Lee Chai Yong. Blog ini ditulis pada tahun 2011 tentang cara melukis peta lakar untuk Kajian Tempatan PMR dulu.

      Padam
    2. Perlu ade ke utk kerja kursus geografi pt3

      Padam
  7. BAGUS IANYA MEMBANTU DALAM MEMBUAT KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 YANG SAYA TENGAH BUAT NI.MELAKAR PETA MENGIKUT KAWASAN KAJIAN YANG HENDAK DIMAJUKAN/DIUPGRADE .

    BalasPadam
  8. Boleh tak sesiapa cari peta lakar utk saya? Tempatnya adalah Aeon Station 18. Peta lakar pelu ada Aeon Station 18 dlm limgkungan 20 meter.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh google search dan zoom

      https://www.google.com/maps/search/Aeon+station+18/@4.5455321,101.0693926,708m/data=!3m1!1e3

      Padam
  9. boleh tak lukis untuk saya
    kerana saya tak ada kertas karbon

    BalasPadam

Write your comment here.